Sunday, September 27, 2009

majlis perkhataman keris 2009



Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris


Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:

Ayam (seekor)
Bunga (tujuh jenis,tujuh warna)
Sirih pinang berkapur gambir
Pisang emas (sesikat)
Kuih-muih Melayu(tujuh jenis)
Lilin (sebatang)
Pulut putih/kuning (sepiring)
Limau nipis/akar sintuk
Rokok daun bertembakau (segulung)
Pelepah pisang
Sehelai daun kelapa

PADa 24 04 2009 berlangsung satu majlis perkhataman keris anjuran pssgm negeri selangor dan melaka. seramai 200 persilat2 menyertai majlis tersebut.



No comments: