Sunday, February 17, 2013

AKHIR NYA TERLAKSANA WALAUPUN BANYAK HATI HITAM BERKATA.

Lima Tahun di negeri johor TAHUN 2013  masuk 6 tahun. DI atas kepercayaan yang di beri aku laksana kan tugas demi KEBAIKAN ANAK-ANAK GAYONG AM NYA DI DAERAH KULAIJAYA,KLUANG DAN MUAR. WALAU PUN BANYAK HATI HITAM BERKATA TAPI LANGKAH AKU TIDAK SUMBANG, AKU TETAP JALAN ATAS SEBAB AKU BUKAN INGIN KAN KUASA DAN JAWATAN SEPERTI MANA MANUSIA 2 YANG BERHATI HITAM ITU,
SOAL BERI SALAM SUDAH LAPUK... ORANG YANG SEMBUNYI MULUT TIDAK BERANI NAK BERKATA SEBAB NIAT DI HATI TAKUT TERGUGAT RASA NYA........

JANGAN TAMAK JANGAN ANGKUH.....
JANGAN PANDANG AKU 10 TAHUN KE BELAKANG......
TIDAK PERNAH AKU BERBUNYI ATAU PUN BERSUARA ...HANYA DIAM SAHAJA.... TIDAK PERNAH MENGATA,HASUT DAN NIAT UNTUK MENENTANG...

AKU HANYA JALANKAN TANGGUNGJAWAP SEBAGAI SEORANG MANUSIA UNTUK manusia yg Inginkan...

SELAGI AKU ADA RASA HORMAT... AKU TETAP HORMAT....
BAB LAIN.... SUKA HATI ENGKAU LA....
AKU TETAP AKU....


TANGGAL 1JULAI 2012 AKU DAN RAKAN SEPERJUANGAN YANG LAIN  ADAKAN MAJLIS IKATAN UKHWAH DI KULAIJAYA.
AJK DAERAH KULAIJAYA MEMBERI KEPERCAYAAN PADA AKU UNTUK MENJADI PENGERUSI PROGRAM UNTUK MAJLIS TERSEBUT.SYUKUR SEMUA NYA BERJALAN DENGAN LANCAR.

TERIMA KASIH PADA YANG  TERLIBAT....



                        CENDEHATI DARI PSSGM DAERAH KULAIJAYA KEPADA
           Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.












Hasad dengki umpama api



Melihat api yang semakin marak membakar, lantas benak saya ligat mengingatkan pada satu peringatan Nabi saw: 

“Hendaklah kamu menjauhi sifat hasad dengki, kerana sifat dengki itu menghapuskan segala amalan kebajikan seperti mana api memakan kayu-kayu.” (Riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah) 

Begitu buruk sekali kesan hasad dengki, sehinggakan Rasulullah saw mengumpamakan ia sebagai api yang membakar segala kebaikan. 

Hasad atau dengki merupakan sifat yang amat tercela. Ia bersumberkan dari iri hati atau ketidaksenangan dalam hati. Ia amat keji kerana boleh mendatangkan akibat buruk bukan sahaja kepada orang didengkikannya, bahkan kepada puak dan masyarakat seluruhnya. Apabila bersarang sifat dengki, maka segala kebaikan akan lenyap dan terhapus sama sekali. Yang tinggal hanyalah keburukan dan dendam kesumat sahaja. 

Oleh yang demikian tiap-tiap orang Islam hendaklah menjauhkan diri daripada hasad dengki yang tercela ini. 

Menurut Imam al-Mutawalli al-Sya`rawi, hasad adalah mengharapkan hilangnya nikmat daripada orang yang didengki melalui ucapan atau perbuatan. 

Yang dimaksudkan nikmat ini ialah yang berbentuk dunia seperti kekayaan harta, pangkat, keluarga yang bahagia, kecantikan, kesihatan dan lain-lain lagi. Maakala ada nikmat yang berbentuk akhirat seperti iman, amal, taqwa dan sebagainya. Jadi, orang yang hasad ini akan cuba untuk menghilangkan nikmat-nikmat tersebut yang ada pada orang lain. 

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Ingatlah bahawa setiap nikmat Allah SWT ada musuhnya.” Baginda saw ditanya: “Siapakah musuh nikmat-nikmat Allah SWT itu, ya Rasulullah. Jawab Rasulullah saw: “Musuh tersebut ialah mereka yang dengki terhadap nikmat kurniaan Allah SWT yang diberikan kepada manusia lain.” (Riwayat at-Thabrani) 

Hasad boleh berlaku kepada sesiapa sahaja baik orang miskin, kaya, jahil, berilmu, berjawatan, yang berpengaruh dan sebagainya. Orang kaya boleh hasad kepada orang kaya yang lain, mungkin juga orang kaya boleh hasad kepada orang miskin, agar orang miskin itu sentiasa miskin. Begitu juga orang yang berilmu, boleh hasad kepada orang berilmu yang lain atau kepada orang jahil. Begitulah seterusnya. 

Thursday, October 21, 2010

Syukur (Kau Yang Satu) unplugged - One Nation Emcees (lyrics)

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya cinta
Mana hilangnya setia
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus
Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Ke mana cahaya
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
Yang penuh rahmat
Berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
Hati menurut nafsu
Nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha Esa
Dapatlah pena menari meluah kata-kata

Ku meredhai apa yang telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar ampunilah dosaku

Ulang Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai-derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih Illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Ulang Chorus

Oh Tuhan yang satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku



Sunday, October 3, 2010

PM hails nation’s ‘third line of defence’




Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has paid tribute to members of the country’s largest silat seni gayong or Malay martial arts association who he said had contributed much to peace.
He described members of the National Silat Seni Gayong Association as the country’s defenders who were willing to make sacrifices, including giving up their lives, to protect the nation.
“I consider the silat gayong association as one of three important groups in our line of defence, who can protect the country’s sovereignty and security. The first two are members of the armed forces and the police.
“I am sure all of you will be ready to fight against those who wish to challenge our country’s peace, security and sovereignty,” he told some 3,000 members of the silat group during a national gathering of the association here yesterday.




Najib said the members were respected for their discipline, mental confidence and loyalty to the country.
“We hope the younger generation will learn the discipline of seni silat gayong, which can inculcate good morals among the youths,” he added.
Najib said a nation’s strength in the 21st century did not lie solely in military strength but in political power too.
“The sharpest weapon for the future is not the keris but political power.
“You need to be excellent in all aspects, not only martial arts and skills.
“Use your silat knowledge as a means to develop yourselves into strong and successful individuals. The Japanese adhered to the bushido spirit after World War II to become an economically-powerful country,” he said.
Najib also said he would seriously look into a proposal to construct a Malaysian seni silat gayong building at Kampung Datuk Keramat here.
Later, during a special ceremony, the Prime Minister was bestowed with the Sandang Mahkota Agong Seri Bintang Pelangi award by association president Datuk Adiwijaya Abdullah.
The award is bestowed on Malay rulers and state leaders to symbolise the loyalty of the association’s members to the country’s leadership.





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air.
"Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita.
"Sebab itu, pesanan oleh pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mohd. Hashim satu ketika dahulu adalah 'kalau ada dulang jangan biar ia terhempas, kalau ada kuasa jangan biar kuasa ini terlepas ke tangan orang lain.'
"Inilah asas kepada segala-galanya. Selagi ada kuasa, insya-Allah ada esok lagi untuk kita semua. Sebab itu, rapatlah barisan kita, masuklah dalam barisan dan teruskan perjuangan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gayong Perdana 2010 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSGM yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli pertubuhan itu di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah.
Dalam pada itu, Najib menggesa supaya segala nilai-nilai murni dalam amalan persilatan termasuk yang diterapkan oleh PSSGM dijadikan wadah dan pemangkin untuk mewujudkan bangsa Malaysia maju pada abad ke-21.
Menurut Perdana Menteri, perkara sama telah dibuat oleh masyarakat Jepun sebelum ini apabila menggunakan kod prinsip-prinsip moral pahlawan Samurai yang dikenali sebagai 'bushido' bagi mewujudkan bangsa yang berjaya.
"Abad ke-21 bukan abad yang mana kekuatan tentera merupakan kuasa yang dapat kekal selama-lamanya, sebaliknya kejayaan sesuatu tamadun ini adalah berdasarkan kepada kekuatan minda dan nilai.
"Kita juga tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atas semangat atau laungan semata-mata. Untuk maju, semua pihak termasuk pengamal seni silat perlu tahu hala tuju dan landasan perjuangan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, pengamal seni silat termasuk ahli-ahli PSSGM boleh dianggap sebagai barisan ketiga pertahanan yang sanggup berkorban dan menyumbang untuk mempertahankan kedaulatan negara jika diserang musuh.
Beliau menjelaskan, barisan pertama pertahanan negara adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala barisan kedua adalah Askar Wataniah.
"Hari ini apabila saya melihat anak-anak muda di hadapan saya ini, ia seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak-anak Melayu yang sudi menghadapi apa juga yang mungkin mencabar kedaulatan negara," katanya.
Pada majlis itu, Najib dianugerahkan sandang tertinggi PSSGM yang membawa gelaran 'Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi', sekali gus menjadikan beliau sebagai 'Imam Khalifah Agung' kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.
Tokoh terakhir yang menerima anugerah itu sebelum ini ialah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Anugerah sandang itu tergolong di dalam susunan sandang kehormat PSSGM yang hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan ahli silat seni gayong kepada kepimpinan sedia ada.
Najib dalam ucapannya turut melahirkan perasaan terharu diberikan anugerah itu yang disifatkan sebagai penghormatan besar terhadap dirinya.



Tuesday, August 17, 2010

PERHIMPUNAN GAYONG PERDANA 2010

DENGAN BISMILLAH LANGKAH BERMULA
MENANDAKAN KEBESARAN ALLAH YANG ESA
KEDAULATAN GAYONG SENTIASA
DI BELA KEMULIAAN TERPELIHARA SEPANJANG MASA.



PADA 2HB OKT 2010.
Pihak PSSGM KEBANGSAAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS
PERHIMPUNAN GAYONG PERDANA . SELURUH AHLI PSSGM DI SETIAP NEGERI AKAN BERKUMPUL negeri SELANGOR TEMPAT AKAN DI MAKLUM KAN . SELEPAS DI BINCANGKAN BERSAMA HANYA 5 RIBU PERSILAT AKAN BUAT PERSEMBAHAN DI TARIKH TERSEBUT. DI FAHAMKAN JUGA GAYONG DI LUAR NEGARA YANG DI BAWAH PSSGM KEBANGSAAN AKAN HANTAR WAKIL PADA MAJLIS TERSEBUT. SEMUA PERSILAT2 PSSGM YANG PERNAH MENJADI JAGUH DUNIA DALAM KEJOHANAN SILAT OLAHRAGA AKAN DI BERI PERHORMATAN PADA MEREKA PADA MAJLIS TERSEBUT. SAMA2 KITA BERDOA AGAR MAJLIS AKAN DATANG INI MENDATANGKAN SEMANGAT ANAK2 MELAYU (ANAK2 GAYONG) MENUJU KE ARAH IKATAN YANG MEMBAWA ERTI BER SATU HATI.
INSYALLAH



"SEMUGA ALLAH MEREDHAI & MEMBERKATI PERJUANGAN KITA"

Hud

[1]
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
[2]
(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).
[3]
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
[4]
Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
[5]
Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[6]
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
[7]
Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)”.
[8]
Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): “Apakah yang menghalangnya?” Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka, dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
[9]
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
[10]
Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: “Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku”. Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
[11]
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[12]
Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?” Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).
[13]
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! ” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”.
[14]
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?
[15]
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
[16]
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
[17]
Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan – sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut; dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)? Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui – menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
[18]
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): “Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka”. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!
[19]
Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;
[20]
Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.
[21]
Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
[22]
Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.
[23]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[24]
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
[25]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
[26]
“Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan”.
[27]
Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: “Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta”.
[28]
Nabi Nuh berkata: “Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
[29]
Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
[30]
Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
[31]
Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim”.
[32]
Mereka berkata: “Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.
[33]
Nabi Nuh menjawab: “Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
[34]
Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali”.
[35]
(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: “Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku”.
[36]
Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: “Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
[37]
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)”.
[38]
Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: “Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
[39]
Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak”.
[40]
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: “Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman”. Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
[41]
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘ Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[42]
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.
[43]
Anaknya menjawab: “Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air”. Nabi Nuh berkata: “Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya”. Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
[44]
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung “Judi” serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): “Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim”.
[45]
Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya”.
[46]
Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.
[47]
Nabi Nuh berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.
[48]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.
[49]
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
[50]
Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
[51]
Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?
[52]
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
[53]
Mereka berkata: “Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!
[54]
” Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)”. Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu -
[55]
” Menyembah yang lain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri.
[56]
” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
[57]
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.”
[58]
Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.
[59]
Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya; dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.
[60]
Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud.
[61]
Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.
[62]
Mereka menjawab dengan berkata: “Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”.
[63]
Nabi Soleh berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata (mukjzat) dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi) kepadaku sebagai pemberian daripadaNya, maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepadaNya? Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan.
[64]
” Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya”.
[65]
Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan”.
[66]
Maka ketika datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
[67]
Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
[68]
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.
[69]
Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”. Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.
[70]
Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: “Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)”.
[71]
Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
[72]
Isterinya berkata: “Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan”.
[73]
Malaikat-malaikat itu berkata: “Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya”.
[74]
Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.
[75]
Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
[76]
(Malaikat-malaikat itu berkata): “Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)”.
[77]
Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan”.
[78]
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?”
[79]
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.”
[80]
Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.
[81]
(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”
[82]
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
[83]
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
[84]
Dan kepada penduduk “Madyan” Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
[85]
Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
[86]
Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu”.
[87]
Mereka berkata: “Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?”
[88]
Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
[89]
Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).
[90]
Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih”.
[91]
Mereka berkata: “Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!”
[92]
Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah serta kamu pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
[93]
” Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Allah yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kamu akan ketahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta. Dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu”.
[94]
Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
[95]
(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.
[96]
Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata:
[97]
Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.
[98]
Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka.
[99]
Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan.
[100]
Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).
[101]
Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.
[102]
Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.
[103]
Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.
[104]
Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu.
[105]
(Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.
[106]
Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai).
[107]
Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
[108]
Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.
[109]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu. Dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi.
[110]
(Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
[111]
Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
[112]
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
[113]
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
[114]
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
[115]
Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
[116]
Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
[117]
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
[118]
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
[119]
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”.
[120]
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
[121]
Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: “Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).
[122]
Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami)”.
[123]
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Saturday, July 17, 2010

Filem Pahlawan Mat Kilau wajar cetus kejutan




PADA pertengahan bulan depan, projek filem epik sejarah patriotik berjudul Pahlawan Mat Kilau dijadualkan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Hebahan awal mengenai perancangan filem ini tidak dibuat lagi kerana produsernya masih bersikap ‘merendah diri’ kerana sibuk menjalankan proses praproduksi.

Seperti dimaklumkan kepada akhbar ini, syarikat Lagenda Studios Sdn Bhd menerusi Pengurus Perhubungan Awamnya, Julia Mohamad, pihaknya masih dalam peringkat awal praproduksi dan berasakan mungkin terlalu awal bagi mereka untuk menggembar-gemburkan rancangan itu, tambahan pula, pengarah dan penerbit masih sibuk membuat tinjauan lokasi di luar negara.

Dalam kenyataannya, dimaklumkan juga selain filem itu bakal ditangani pengarah Rodzee A Razak, filem berkenaan dijangka membabitkan kos sebanyak RM10 Juta.

“Tujuan Lagenda Studios mahu menghasilkan penerbitan filem itu adalah sebagai menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan medium filem sebagai satu alat untuk meniupkan semangat patriotisme di kalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga boleh dijadikan teladan kepada generasi masa kini, bagaimana gigihnya perjuangan nenek moyang kita menentang penjajahan.

“Untuk pengetahuan, Lagenda Studios akan mengadakan acara pelancaran dan sidang media mengenainya pada pertengahan Februari sebelum memulakan penggambaran filem pada penghujung Mac 2009,” kata Julia dalam satu kenyataan sambil memohon maaf kerana lambat menghebahkan projek Pahlawan Mat Kilau kepada media massa.

Projek filem ini menjadi sesuatu yang menarik kerana banyak sebab. Pertamanya tentulah kerana berkaitan dengan seorang tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Pahang bangkit untuk menentang penjajahan British pada era penghujung abad ke-19 hingga dia menjadi buruan dan menghilangkan diri hinggalah akhirnya muncul semula memperkenalkan dirinya pada awal 1970-an ketika berusia 123 tahun. Keberaniannya dulu yang turut mengkritik golongan bangsawan kerana berbaik dengan penjajah menyebabkan Mat Kilau menjadi sasaran untuk ditangkap dan dihukum tetapi berjaya melarikan diri.

Keberanian Mat Kilau menjadi sebutan ramai dari dulu dan terus dikenang hingga kini. Keberaniannya itu terserlah dengan pelbagai peristiwa termasuklah ketika pada 14 Jun - Pada 1894, tokoh itu bersama pahlawan Melayu Pahang yang lain termasuk Tok Gajah, Bahaman, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi dan Mat Lela berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.

Lebih menarik bagi Mat Kilau ialah sepanjang kehilangannya selepas menjadi buruan, apa yang dilakukannya. Ini menarik untuk dibongkar dan diceritakan menerusi filem berkenaan. Penyelidikan terhadap susur galur perjuangan, pengembaraan dan persembunyian Mat Kilau harus dipaparkan supaya masyarakat akan lebih jelas untuk mengenai aspirasi dan patriotisme Mat Kilau sebenarnya selain sudah tentu sebagai sebuah filem cereka patriotik, akan ada elemen tokoh tambah yang disesuaikan mengikut mood sebuah filem epik.

Kita berharap menerusi filem Pahlawan Mat Kilau, akan dipaparkan juga bagaimana strategi perang dan ciri keberanian yang menjelma dalam diri tokoh itu. Sudah tentu pihak produksi dari Lagenda Studios sudah membuat kajian terperinci mengenai peribadi dan fizikal Mat Kilau, selain melihat bagaimana gayanya bercakap, cara berjalan, aksinya berpencak silat dan beberapa ciri kehebatannya yang luar biasa. Kajian juga tentunya sudah dibuat untuk melihat bagaimana bentuk khazanah Mat Kilau yang lain seperti pedang, keris, pakaian, kitab, barang persilatan, rumah dan sebagainya yang relevan dengan diri Mat Kilau. Ini semua harus diambil kira dalam menghasilkan epik Pahlawan Mat Kilau.

Sebab kedua yang mengejutkan industri ialah kerana projek filem ini bakal membabitkan bajet RM10 juta, iaitu filem cereka tempatan kedua termahal setakat ini selepas filem cereka Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Productions yang membabitkan kos produksi lebih RM16 juta.

Kita berharap Lagenda Studios juga teliti dalam casting atau pemilihan pelakon untuk filem itu kerana kesilapan casting selalunya akan menyebabkan persembahan filem menjadi hambar kerana lakonan tidak meyakinkan serta tidak disertai mutu persembahan yang boleh menggerakkan naratif serta feel filem itu sebagai sebuah cereka yang bermain dengan manusia zaman silam.

Kita berharap pelakon yang membawa watak Kilau akan benar-benar dapat membawa watak tokoh perwira itu dengan berkesan, sesuai dengan lagak fizikal, cara bermain air muka dan mampu menjelmakan ketokohan. Kita bimbang jika tersilap pilih pelakon, ia akan memberi kesan seperti berlaku dalam beberapa filem sejarah seperti Puteri Gunung Ledang apabila M Nasir tidak menyerlah membawa imej hebat Hang Tuah, begitu juga filem Leftenan Adnan yang memperlihatkan Hairie Othman tidak menyerlah sebagai perajurit hebat itu.

Dalam filem Raja Melewar dulu, watak Raja Melewar yang dilakonkan Eizlan Yusof juga tidak memenuhi ciri berkesan dan boleh dianggap sebagai casting yang gagal. Ini menyebabkan ketokohan perwira kita dulu tidak menyerlah dalam filem dan lebih menyedihkan apabila cerita dalam filem itu sendiri tidak begitu berkesan, gagal memberi feel dan semangat kepada penonton dan tidak menggambarkan dengan berkesan milieu zaman yang dibawa dalam skrin.

Filem Pahlawan Mat Kilau wajar mencetuskan kejutan yang bukan saja membanggakan industri filem dan menarik perhatian ramai untuk menonton cereka ini, sebaliknya harus boleh memberi kebanggaan kepada anak Pahang sendiri khususnya serta bangsa kita umumnya. Filem ini kelak harus bertanggungjawab untuk mengangkat imej sebenar Mat Kilau sebagai sebuah naskhah yang bukan sekadar ‘janji ada’ tetapi harus memenuhi agenda sebuah filem cereka patriotik seperti kata pihak produksi Lagenda Studios - ‘menjadikan medium filem sebagai satu alat untuk meniupkan semangat patriotisme di kalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara’. Jika benar ia untuk meniupkan rasa patriotisme, wajarlah ia ditangani dengan baik supaya ia mampu memberi kekaguman dan kebanggaan apabila ia ditayangkan kelak. Pahlawan Mat Kilau akan menjadi perhatian untuk warga filem dan pengkritik yang kini sedang menanti dengan suspen untuk menilai sejauh mana hasil kerja Rodzee. Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Kata orang, mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi...

Monday, June 14, 2010




Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika benar
Kecut takut kerana bersalah
Janji simpan di perut
Tidak pecah di mulut
Biar mati anak
Jangan mati adat








Melayu di bumi Malaysia luas maknanya:
Rawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Jawa juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Banjar dan Pattani, semua Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Pintar dalam berniaga, gagah jika berperang
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala hampir hilang

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dalam diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak membilang musuh
Musuh dicari ke lubang cacing,
Tak dapat tanduk telinga di pulas
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran.''

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebolehan
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi jaguh di persada DUNIA

Bahasa HATI




Bicara Dengan Bahasa Hati
Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalammenjalani segala sesuatunya.Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan mengdukung dalam lengan yang kuat. Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenangjauh di dalam dada anda.
Mulailah dengan melembutkan hati..


قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
(67:23) Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.


Sunday, April 25, 2010

Mat Kilau, The Malay warrior







Mat Kilau was born in Kampung Masjid Pulau Tawar and grew up during the reign of Sultan Ahmad Al-Muazam Shah in the early 1880s.His father’s name is Tok Gajah or well known as Imam Perang Rasu and his mother’s name is Mahda who is the daughter of Tok Kaut in Burau. He married a girl named Yang Chik binti Imam Daud from Kampung Kedondong and had three children.When he was in his 20s, the British came and took over the State of Pahang. With their arrival, they sowed discord among the State’s chieftain. While some were in favour of their presence, there were others who did not take kindly to the British intervention in Pahang’s administrative affairs. Unfortunately, the Sultan himself welcomed their arrival having been taken in in by their convincing promises of wealth and luxury. Those who were opposed to the British were headed by Tok Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Mat Kelubi and many others. Because of the Sultan’s attitude , they were forced to hide their intention and take action on the quiet.



The Revolt Against British by Mat Kilau

Mat Kilau’s revolt was between the year 1891-1895. He rose to fight against British Colonies for several reasons. The Resident of Pahang J.P. Rodger, introduced a few new rules and regulations which were against the traditional values of the people. Pahang was divided into 6 districts and under the Magistrate and Collector’s administration. The Malay leaders were forbidden from collecting taxes but they were paid pence (according to their standards). Every citizen of Pahang had to pay land tax and they also had to obtain licence in order to search goods in the jungle.

The Malay leaders lost their income and also their power on their very own land, Pahang. At the same time, DatoBahaman, formally known as Orang Kaya Semantan realized that the British wanted to take control of Pahang. Together with his men, he revolted against the British and its colony. This is when our hero, Mat Kilau came into the picture. History tells us that Mat Kilau and his father, Tok Gajah helped Dato Bahaman. They became Dato Bahaman’s main men. When Dato Bahaman revolted against British in 1891 , they lent him a hand. Mat Kilau’s skills were proven in the Lubuk Terua war. This incident happened because British caught 3 of Dato Bahaman’s men while they were searching for goods in the jungle without licence. Furthermore, British built a police station in Lubuk Terua (Dato Bahaman’s territory, near the bank of Semantan River), without his knowledge nor permission. So Dato Bahaman and his men (including Mat Kilau), attacked the police station and they managed to win over Temerloh. Mat Kilau was very eager to win this war because his 3 men were held in the very same police station. So they managed to take Temerloh from E.A Wise, the British officer

In this attack, two Sikh police officers (British) were killed , and one was injured. Through the open revolt, Mat Kilau and Dato Bahaman’s followers began to increase, when 600 supporters from Bentong, joined them. They were also helped by 100 natives who acted as spies in the jungle (to look out for enemies). They also had the support of the Malay leaders of Pahang. Soon a group of Malay leaders lent a hand to British in order to catch and imprison Dato Bahaman and his followers. As it’s against the Malay tradition to betray the Sultan, it’s seen as betrayal. So Dato Bahaman, Mat Kilau, and his follower backed out. They went to the Kelantan and Terengganu and took refuge there for a while. Soon after, Mat Kilau and his followers launched another attack. This was when they obtained support from a Terengganu religious leader Sayyid Abdul Rahman Al- Idrus formly known as Tok Ku Paloh who told them that they were fighting for justice not cruelty. So Mat Kilau, Dato Bahaman and their followers attacked Kuala Tembeling and managed to win over the Jeram Ampai Fort on Jun 1894. However, the success did not last as the British were fast to act and they managed to defeat them. Dato Bahman and all his followers ran away to Kelantan and Terengganu for the second time. Hugh Clifford, the Pahang’s British Resident was assigned to catch the Mat Kilau’s followers in Kelantan, but he failed as he was supported by the Kelantan government and also the people. Dato Bahaman ran to Siam and died there. As, for Mat Kilau and his father Tok Gajah, they died in Terengganu.

The revolt of the people of Pahang (including Dato Bahaman and Mat Kilau),took a long time and lasted for 4 years (1891-1895). Even though British defeated them, but it left a serious impact on British administration in Pahang. Their goods collecting process was interrupted, and the administration was not running smoothly. This caused a terrible financial crisis, especially when The Strait Settlement Organization did not approve the loans. This crisis became the major cause of Pahang’s participation in the Malay State Federation 1896. His patriotic spirit became the inspiration of the upcoming fighters of right in Pahang. Mat Kilau left a great impact on Pahang and its people, even till now.

at Kilau is well known for his bravery, courage and as Malaya warrior who fought against English colonization. He had contributed a lot to this nation. One of his contributions was during Lubuk Terua war. During the war, he played his role very well and his bravey, strength and courage led to victory.

Mat Kilau developed a small settlement by the river in southern in Kelantan. He did that with one purpose to avoid from being arrested by British soldiers and to continue his fight against British colony in Kelantan.

One of his contributions which can be seen until this day is a mosque which is situated in Kampung Masjid, Pulau Tawar. The mosque is nearly 200 years. The mosque is the place which fueled patriotisme among the people who stayed in Pahang during British Colonization. The mosque was built by Mat Kilau and and people in Pulau Tawar 1880. In 1923, the mosque was rebuilt.



Mat Kilau’s Mysterious Death

News of Mat Kilau’s death was been published in two English newspapers in Singapore.The Straits Time and The Free Press reported that ‘The Chief Traitor’, DatoBahaman had lost the battle in October, 1895.The Free Press reported that Mat Kilau was injured on his face and his head when he resisted. The injury was so bad and he died on the way to downstream of Kota Bharu due to excessive bleeding. In the public’s opinion Mat Kilau’s life was finished. But nobody knew what really happened except friend Mustafa B. Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Delami Ibrahim (Pak Him) and Mat Kelantan.

In December 1969, Mat Kilau who was known as Mohamad bin Ibrahim (I/C: 2044778) introduced himself at his hometown. With the help of Omar bin Mat Kilau, Mat Kilau was brought to his hometown, Kampung Masjid Pulau Tawar. On Friday 26 December 1969, Mat Kilau went to the mosque at Kampung Masjid for the Friday prayer. After prayer, he read the Quran and then announced himself as Mat Kilau. His announcement surprised so many people that the Pahang Government had to set tup a committee on the 8th, of Januari 1970 to investigate his claims. Several people were questioned to determine that Mat Siam was actually Mat Kilau. After intensive investigations, at 10:30 morning on Thursday, 6 August 1970, Mat Siam were declared as Mat Kilau by Chief Minister of Pahang. Four days after the declaration, Mat Kilau passed away at the aged of 122 years.


In Memory Always

So, even though our hero, Mat Kilau’s death remains a mystery, his efforts and contributions towards building our state and also obtaining freedom for Pahang from the British colony are still fresh in our minds and in our souls. His life’s history and his revolt against colonies are still being mentioned till today. The story of Mat Kilau’s and his contributions are incorperated in the Malaysian’s School syllabus. Although Mat Kilau’s no more with us, but he left a great inspiration for the next generation of leaders. Mat Kilau is an example and role model for many. We’re thankfull we are able to live in peace and harmony now. Thank you, Mat Kilau. We love you always.





Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya...



LATAR BELAKANG MAT KILAU

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, berasal dari Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.


ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung, dia diserah mengaji Quran seperti beberapa kanak-kanak lain. Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud. Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud, barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagaiDikir Pahang’. Oleh kerana suaranya merdu, maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ketika itu.

Ringkasnya, tetabuh, keketuk dan zikir tempurung adalah sistem perhubungan yang mudah tetapi cukup canggih pada zamannya dan diajar menggunakannya. Pahlawan sezamannya dilatih untuk mengetahui peranannya. Musuh yang tidak mengetahui fungsi ketiga-tiga alat itu akan terperangkap. Perkara ini dilakukan secara berkesan oleh semua penglima dan pejuang bangsa Melayu, sama ada menentang penjajahan atau darurat.
Antara mereka ialah Datuk Bahaman dan rakannya seperti Mat Kilau, Tok Gajah di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Tok Ku Paloh di Terengganu, Datuk Mahajaralela di Perak, Tok Panglima Garang di Selangor dan ramai lagi di seluruh Tanah Melayu.

Selain itu, tetabuh dan keketuk juga digunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai kemasukan waktu solat, berbuka puasa, berhari raya, kematian dan pelbagai lagi.

HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing. Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing, maka dialah yang dijadikan jurumudi, iaitu orang yang memangkah terakhir. Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja, Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras. Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat, maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabilaperan tua’ (ketua berburu) tidak berburu. Mat Kilau dijadikan peran. Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran. Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Sejarah tidak banyak mengisahkan tentang anak-anaknya.

ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. Mat Kilau mendalami banyak ilmu daripadanya.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin, maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bula Oktober, 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau, dengan setiap lapisan masyarakat. Maka Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.

Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani. Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas maka dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong, The Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

The Straits Times dan The Free Press menyatakanKetua Pendehaka, iaitu DatoBahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober, 1895.

The Free Press pula memberitahu bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


Melalui sungai Lebir, Mat Kilau anak DatoBahaman yang merupakan diantara pahlawan Melayu yang keras menentang penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu merantau lalu membangunkan sebuah penempatan di pinggir sungai ini untuk mengelakkan diri dari ditangkap bagi meneruskan perjuangan. Di Kg. Lebir terdapat kubur dimana bersemadinya pengikut-pengikut yang bersama-sama dengan Mat Kilau dan DatoBahaman dalam menentang penjajah.

Raja-raja dan penyokong-penyokongnya terperangkap dengan kelicikan British. Dasar menasihat yang tertulis dalam perjanjian itu ditafsirkan oleh British sebagaimesti menerima arahannya’.

W.W. Birch residen Perak, misalnya, pertama telah menggunakan paksaan dan kekerasan untuk menghapuskan sistem hamba abdi dan mengenakan undang-undang cukai baru yang bertentangan dengan kebiasaan hidup dan sistem pentadbiran negeri Melayu. Sultan Abdullah dan pembesarnya menolak peraturan British itu kerana ia satu kawalan ke atas bidang kuasa mereka. Dengan sokongan daripada Raja Ismail dan pembesar lain, Birch telah dibunuh di Sungai Perak. Ini dibalas oleh British dengan bedil dan meriam, pembuangan Sultan Abdullah dan seluruh kaum keluarganya ke Pulau Sycillis dan penggantungan DatoMaharaja Lela di depan khalayak ramai.

Dengan itu penguasaan penuh British ke atas seluruh hal ehwal pentadbiran Perak dapat dilaksanakan sepenuhnya, sehingga kuasa dan kedaulatan politik pribumi dimusnahkan; Sultan Perak menjadi sebuah boneka bernyawa. Kemasukan imigran dan modal asing menjadi begitu mudah kerana eksploitasi ekonomi Perak menjadi matlamat penguasaan British; ‘lulus kelindan, luluslah jarum’.

Kelemahan pemerintah Perak itu kemudiannya menjadi alasan untuk pembesar-pembesar Melayu lain yang mementingkan faedah peribadi untuk mengundang British mencampuri urusan negeri mereka. Seperti di Negeri Sembilan, DatoKelana Sg. Ujong menggunakan British untuk membantunya mengalahkan DatoBandar, yang mengutip cukai bijih di Sungai Linggi. Dengan bedilan meriam dan peluru, British menguasai negeri tersebut dengan bantuan pembesar peribumi. Ini diikuti juga oleh Selangor. Soal perebutan kawasan Klang, telah menyebabkan Tengku Kudin (anak raja Kedah) menjadi perantara di antara pihak saudagar Cina dan British untuk mengalahkan penentang mereka, raja Mahadi dan anak-anak Sultan Selangor (antaranya Raja Musa) yang dianggap sebagai lanun.

Tengku Kudin pula bekerjasama rapat dengan Yap Ah Loy untuk meyakinkan British bahawa perebutan dan pemusuhan politik kerabat di raja Selangor itu tidak elok untuk pertumbuhan perusahaan bijih timah dan perniagaan di Selangor, yang menjadi pusat pelaburan saudagar Negeri Selat (jajahan takluk British dan pusat perdagangan bebas Singapura). Sultan Abdul Samad yang terlalu percaya kepada Tengku Kudin, menandatangani perjanjian untuk menerima seorang residen British.

Hanya Pahang sahaja yang begitu tegas mempertahankan kedudukannya. Sultan Ahmad bukan begitu mudah dipujuk oleh saudagar British, Baginda juga menaiki takhta dengan satu perebutan kuasa daripada saudaranya yang disokong oleh Johor, British dan saudagar-saudagar Singapura.

Baginda yang juga memerintah sebuah negeri yang pernah menjadi naungan Melaka, tidak disukai oleh British; bagaimanapun Pahang yang begitu luas dipercayai mempunyai banyak potensi ekonomi. Pahang juga berdepan dengan Laut Cina Selatan boleh mengundang kuasa lain untuk menyokongnya. Ini membimbangkan British; maka dengan menggunakan pembunuhan seoarang Cina rakyat Singapura yang terbunuh di Kuantan, British telah memulas tangan Sultan Ahmad untuk menanda-tangani perjanjian menerima seorang residen British.

Tentangan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, cukup hebat sebagai satu tindakan terakhir rakyat peribumi menentang penguasaan British. Pemerintahan tempatan yang bersatu boleh melambatkan penaklukan itu. Kesemua peristiwa ini memperlihatkan bagaimana masalah politik dalaman telah digunakan dengan begitu cekap dan penuh muslihat oleh pihak luar untuk menjajah atau menguasai negeri-negeri tersebut.

Tentunya sebagai rakyat, pemerintah dan pemimpin sebuah negara yang telah merdeka dan telah melalui perit getir hidup dan penghinaan di bawah penjajah barat, kita cukup matang dan bijak mengendalikan masalah dalaman kita. Kita harus meletakkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak lebih utama daripada kepentingan peribadi kita sebagai seorang pemimpin. Kita harus merasa tersinggung dengan sebuah penghinaan ke atas negara dan bangsa dan diri kita, kerana itulah tanggungjawab kita sebagai seorang warga negara. Apakah kita harus membuka ‘pekong di dada’ atau ‘meludah ke langit’ dan ‘menepuk dulang di air’, semata-mata kerana kita bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?

Haruskah cerita rumah tangga kita diceritakan kepada orang luar, yang hanya mentertawakan kita kerana kelemahan kita dan mengambil kesempatan daripada kebingungan kita sendiri?

Di manakah maruah dan janji kita sebagai seorang rakyat yang bersumpah taat setia kepada Malaysia?


KEMUNCULAN MAT KILAU DAN HAYATNYA

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha anaknya, Omar bin Mat Kilau seperti didedahkan dalam akhbar Berita Harian sekitar 1970-an, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid Pulau Tawar.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah menbaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemu-ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970. Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lebih lanjut.

Sampailah masanya kerajaan memikirkan kembali akan perit-maung pejuang-pejuang negara dan memberi penghormatan tertinggi kepada pahlawan ini sama ada dalam bentuk kewangan kepada kaum kerabatnya atau darjah kebesaran kepada arwah Mat Kilau. Tidak salah rasanya kalau sultan Pahang memberi darjah kebesaran kepadanya dalam bentuk pangkat seperti Tan Seri walaupun beliau sudah lama mangkat demi mengenangkkan jasa perjuangannya membebaskan negara dari penjajah. Elok rasanya kalau kerajaan membangunkan tempat lahirnya pahlawan ini dan dijadikan tempat bersejarah seperti di Perak, di mana tempat Pahlawan maharaja Lela berjuang mempertahankan negeri itu dari penjajah.












terima kasih kepada sheikh mustafa kamal al aziz memberi info2 tentang pahlawan melayu

*** Dari penceritaan Abang Kandung Penulis: Mohamad Jasni bin Yaakob - dari Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Al Fatihah untuk Allahyakham Datuk Mat Kilau (dari cucu cicit piut) semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada.


"Sesiapa Yang Tidak Belajar Daripada Sejarah Akan Terhukum Mengulangi Kesilapan Silam"