Tuesday, December 15, 2009

AMANAT MAHAGURU KEPADA MURID-MURID GAYONG SELURUH PELUSUK DUNIA







Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak
berbelah bahagi. Tamak-tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri
ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang
Anak harimau tak dapat menyusu
Janganlah pecah rahsia hulubalang
Nanti harimau hilang kuku

Jangan ditepuk darah di dulang
Anak harimau mencari ibu
Jangan pecah mentera hulubalang
Nanti harimau hilang asu

Jikalau ada dulang di tangan
Jangan biar jatuh terhempas
Jikalau ada senjata di tangan
Jangan biar orang rampas

Pecah GAYONG di dalam dulang
Dulang hanyut di lautan tujuh
Pecah GAYONG perpecahan sayang
Di satu masa balik berpadu (teguh)

MAJLIS LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN PSSGM









Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) telah bermesyuarat pada 29 Mei, 2009 dan tamat pada 31 Mei,2009 bertempat di DPalma Hotel, Ampang Selangor adalah bagi mewartakan dan mengesahkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang pernah diadakan pada 05 February,2008 di Kediaman Cikgu Sazali Salleh bin Dato’Meor Abd Rahman di Air Kuning Taiping , Perak.

Pada Mesyuarat kali ini menyaksikan Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan sebulat suara bersetuju serta memutuskan bahawa setiap Pengerusi Lembaga Beradat Negeri akan di dilantik menduduki Ahli Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Adiwijaya Abdullah, DNS,ANS, BKM selaku Pemangku Presiden juga Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Merangkap Pemangku Yang DiPertua PSSGM mengumumkan keputusan mesyuarat tersebut seperti berikut:

Pengerusi Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad (dari Johor)
Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff PPT, PJK (dari Selangor)

Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan sebagai IBU GAYUNG Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia

Pengerusi Lembaga Beradat Negeri Negeri adalah :
01. Perlis - Cikgu Nordin bin Abdul Rahman
02. Kedah - Cikgu Shuib bin Husin
03. Pulau Pinang - Cikgu Yaakub bin Said
04. Perak - Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan
05. Selangor - Cikgu Selamat bin Mat Raji
06. N.Sembilan - Cikgu Arshad bin Ibrahim
07. Kelantan - Cikgu Haji Mansoor bin Othman
08. Johor - Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad
09. Terengganu - Cikgu Ghazali bin Harun
10. Melaka - Cikgu Haji Mohamed bin Md Nor
11. Pahang - Cikgu Ahmad Tajuddin bin Othman
12. Sarawak - Cikgu Uthman bin Haji Ramli

Barisan Ahli Lembaga Waris Amanah adalah :
01.Perlis - Cikgu.Nordin bin Abdul Rahman
02.Kedah - Cikgu Adiwijaya bin Haji Abdullah, DNS,ANS, BKM
03.Perak - Cikgu Sazali Salleh Dato’ Meor Abd Rahman
04.Selangor - Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT, PJK
05.Selangor - Cikgu Kahar bin Haji Redha, PJK
06.Melaka - Cikgu Tuk’ Ismail bin Jantan, DMHL
07.Selangor - Cikgu Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, PJK

Mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan yang di adakan di Dpalma Hotel, Ampang adalah rentetan dari tertubuhnya Lembaga Beradat Kebangsaan di Kediaman Pn Siti Kalsom di Air Kuning Taiping, Perak pada tahun 2003. Semasa hayat Allahyarham Dato’Meor Abdul Rahman, surat bertarikh 08/09/1989 ada memaklumkan bahawa Pewarisan bagi mengekalkan kesinambungan Silat Seni Gayung Malaysia dan Serantau selepas ketiadaan beliau nanti, maka Pewaris untuk mewarisi ilmu Pelajaran, Adat Istiadat dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia kepada anakanda beliau iaitu Allahyarmah Pn. Siti Kalsom dan Allahyarham Dato’ Haji Ahmad bin Lazim, dan kepada mereka berdua inilah Allahyarham Dato’ Mahaguru amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung. Mereka berdua juga telah diamanahkan membentuk satu Badan Majlis Waris Amanah Tertinggi seramai 7 orang (Tali Pinggang Pelangi Hitam ) bagi mentadbir dan menyusun segala perkembangan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia pada masa akan datang .

Pada Mesyuarat Agung Kebangsaan pada tarikh 28 January,2006 yang berlangsung di International Hotel K.Lumpur yang lalu, Pn Siti Kalsom selaku Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Presiden PSSGM, telah mengumumkan di dalam Majlis tersebut bahawa Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Adiwijaya Hj Abdullah, DNS,ANS,BKM sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Selepas Pn Siti Kalsom bt. Dato’ Meor Abdul Rahman kembali ke Rahmatullah pada 06 February,2007 maka Mesyuarat Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan diadakan di Kediaman Cikgu Sazali di Air Kuning Taiping, Perak pada 05 February, 2008. Adiwijaya Abdullah telah mengumumkan perlantikan Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT,PJK sebagai Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Sulleh bin Udin selaku Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan.