Monday, December 28, 2009

perit





Sejak mengenali dan kenali erti perjuangan. Jiwa tetap mengenang guru2 berpesan. pesanan amat di ambil berat. kerana pesanan untuk terus kan perjuangan. selalu ingat kan diri sendiri jangan lupa apa yang di amanat kan. jadi kita harus tenang hadapi apa jua tomahan yang di lemparkan.sabar salah satu kewajipan pada diri manusia.kerana sabar juga akan dapat lihat kebenaran. biar lah mereka tidak kenal siapa diri kita kerana berdiam diri bukan nya kita takut cuma ada cara dalam diam untuk bertindak. yang penting kita ihklas menjalankan perjuangan. biar di kenali oleh orang2 yang betul2 faham erti perjungan. kita hidup didunia bukan nya kekal abadi kita juga akan meninggal kan dunia yang penuh cabaran dan dugaan. kita hatus percaya pada tuhan. kerana kepadanya juga kita berserah. tidak kira muda dan tua kerana ajal maut semua nya ditangan tuhan. ..........




Tuesday, December 15, 2009

AMANAT MAHAGURU KEPADA MURID-MURID GAYONG SELURUH PELUSUK DUNIA







Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak
berbelah bahagi. Tamak-tamak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri
ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Jangan ditepuk susu di dulang
Anak harimau tak dapat menyusu
Janganlah pecah rahsia hulubalang
Nanti harimau hilang kuku

Jangan ditepuk darah di dulang
Anak harimau mencari ibu
Jangan pecah mentera hulubalang
Nanti harimau hilang asu

Jikalau ada dulang di tangan
Jangan biar jatuh terhempas
Jikalau ada senjata di tangan
Jangan biar orang rampas

Pecah GAYONG di dalam dulang
Dulang hanyut di lautan tujuh
Pecah GAYONG perpecahan sayang
Di satu masa balik berpadu (teguh)

MAJLIS LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN PSSGM









Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) telah bermesyuarat pada 29 Mei, 2009 dan tamat pada 31 Mei,2009 bertempat di DPalma Hotel, Ampang Selangor adalah bagi mewartakan dan mengesahkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang pernah diadakan pada 05 February,2008 di Kediaman Cikgu Sazali Salleh bin Dato’Meor Abd Rahman di Air Kuning Taiping , Perak.

Pada Mesyuarat kali ini menyaksikan Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan sebulat suara bersetuju serta memutuskan bahawa setiap Pengerusi Lembaga Beradat Negeri akan di dilantik menduduki Ahli Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan, Cikgu Adiwijaya Abdullah, DNS,ANS, BKM selaku Pemangku Presiden juga Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan Merangkap Pemangku Yang DiPertua PSSGM mengumumkan keputusan mesyuarat tersebut seperti berikut:

Pengerusi Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad (dari Johor)
Setiausaha Agung Lembaga Beradat Kebangsaan : Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff PPT, PJK (dari Selangor)

Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan sebagai IBU GAYUNG Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia

Pengerusi Lembaga Beradat Negeri Negeri adalah :
01. Perlis - Cikgu Nordin bin Abdul Rahman
02. Kedah - Cikgu Shuib bin Husin
03. Pulau Pinang - Cikgu Yaakub bin Said
04. Perak - Datin Hajjah Faridah bt. Abu Johan
05. Selangor - Cikgu Selamat bin Mat Raji
06. N.Sembilan - Cikgu Arshad bin Ibrahim
07. Kelantan - Cikgu Haji Mansoor bin Othman
08. Johor - Cikgu Mohd Noor bin Haji Abdul Samad
09. Terengganu - Cikgu Ghazali bin Harun
10. Melaka - Cikgu Haji Mohamed bin Md Nor
11. Pahang - Cikgu Ahmad Tajuddin bin Othman
12. Sarawak - Cikgu Uthman bin Haji Ramli

Barisan Ahli Lembaga Waris Amanah adalah :
01.Perlis - Cikgu.Nordin bin Abdul Rahman
02.Kedah - Cikgu Adiwijaya bin Haji Abdullah, DNS,ANS, BKM
03.Perak - Cikgu Sazali Salleh Dato’ Meor Abd Rahman
04.Selangor - Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT, PJK
05.Selangor - Cikgu Kahar bin Haji Redha, PJK
06.Melaka - Cikgu Tuk’ Ismail bin Jantan, DMHL
07.Selangor - Cikgu Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid, PJK

Mesyuarat Lembaga Beradat Kebangsaan yang di adakan di Dpalma Hotel, Ampang adalah rentetan dari tertubuhnya Lembaga Beradat Kebangsaan di Kediaman Pn Siti Kalsom di Air Kuning Taiping, Perak pada tahun 2003. Semasa hayat Allahyarham Dato’Meor Abdul Rahman, surat bertarikh 08/09/1989 ada memaklumkan bahawa Pewarisan bagi mengekalkan kesinambungan Silat Seni Gayung Malaysia dan Serantau selepas ketiadaan beliau nanti, maka Pewaris untuk mewarisi ilmu Pelajaran, Adat Istiadat dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia kepada anakanda beliau iaitu Allahyarmah Pn. Siti Kalsom dan Allahyarham Dato’ Haji Ahmad bin Lazim, dan kepada mereka berdua inilah Allahyarham Dato’ Mahaguru amanahkan sebagai pewaris zuriat perjuangan Silat Seni Gayung. Mereka berdua juga telah diamanahkan membentuk satu Badan Majlis Waris Amanah Tertinggi seramai 7 orang (Tali Pinggang Pelangi Hitam ) bagi mentadbir dan menyusun segala perkembangan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia pada masa akan datang .

Pada Mesyuarat Agung Kebangsaan pada tarikh 28 January,2006 yang berlangsung di International Hotel K.Lumpur yang lalu, Pn Siti Kalsom selaku Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Presiden PSSGM, telah mengumumkan di dalam Majlis tersebut bahawa Cikgu Mohd Noor bin Hj Abdul Samad sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Adiwijaya Hj Abdullah, DNS,ANS,BKM sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Selepas Pn Siti Kalsom bt. Dato’ Meor Abdul Rahman kembali ke Rahmatullah pada 06 February,2007 maka Mesyuarat Majlis Lembaga Beradat Kebangsaan diadakan di Kediaman Cikgu Sazali di Air Kuning Taiping, Perak pada 05 February, 2008. Adiwijaya Abdullah telah mengumumkan perlantikan Cikgu Mustapa Kamal bin Haji Shariff, PPT,PJK sebagai Setiausaha Lembaga Beradat Kebangsaan dan Cikgu Sulleh bin Udin selaku Setiausaha Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Thursday, October 8, 2009

video mohd jazwan in Silat Warrior

video

MEMORI PHOTO


MENGIRINGI Y.A.M RAJA KEHCIK TENGAH PERAK DATO SERI ASHMAN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN






MENERIMA ANUGERAH SANDANG KHALIFAH MUDA OLEH MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI MOHAMAD TAIB





KENANGAN SEWAKTU BERUMUR 9TAHUN BERSAMA AHLI2 GAYONG SEK RENDAH JLN PASAR 2 KUALA LUMPUR






PERKHATAMAN KERIS YANG BUAT KALI PERTAMA





BERSAMA DATO MAHAGURU
NASIHAT MU TETAP KU PEGANG JANJI TETAP KU KOTAKAN



GURU KAHAR HAJI REDZA
KENANGAN DI LANDON





GURU KAHAR DI UJI OLEH DATO MAHAGURU





PETIKAN DARI MAJALAH SENI BELADIRI





DARI MAJALAH SILAT GAYUNG TAHUN 1971






GURU KAHAR BERSAMA RAKAN2 SEPERJUANGAN




DATO MAHAGURU PADA TAHUN 1987 DI TAIPING PERAK





DATO BERSAMA PENDEKAR DARI KEDAH





DATO MAHAGURU DI RUMAH KEDIAMAN DATO ONN JAFFAR








GURU KAHAR DI UJI DENGAN DATO MAHAGURU

Monday, October 5, 2009

love does not know who...

MOHD JAZWAN BIN KAHAR


BIOGRAFI

Tarikh Lahir : 10 September 1979

Tempat Lahir : Dungun, Terengganu

Umur : 31 Tahun



PEKERJAAN

Pengurus

Teratai pelangi Ent.

Marketing Specialist

Jurulatih seni budaya negara tahap 1 (silat)

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA

Gurulatih Silat

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan serantau.


PENDIDIKAN

1994-1996 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sek. Men. Datuk Lokman kuala lumpur

1992-1994 Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sek. Men Seri Ampangan negeri sembilan.


ANUGERAH

2010 Sandang kegurulatihan (Panglima hitam)

Ditabal oleh lembaga waris amanah ( cikgu sazali meor abdul rahman )


2009 Sandang Waris Beradat

oleh Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah Al-Haj (Y.A.M. Tengku Indera Setia Selangor)


2004 Sandang Ketua Khalifah,

Oleh Yang Amat Mulia Raja Muda Perak Kechik Tengah

Raja Sri Ashman Ibni Sultan Azlan Shah



1994 Sandang Khalifah Muda,

Oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohammad binTaib


PERCAPAIAN DALAM SUKAN SILAT


TAHUN 2000

Pingat Emas, Tempur Bersenjata, Kejuaraan Pencak Silat Terbuka, Negeri Kedah.

Pingat Perak, Tempur Bersenjata, Kejuaraan Pencak Silat U.I.A Terbuka, Kuala Lumpur.

Pingat Perak, Solo Seni, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, Negeri Perak.


TAHUN 1999

Pingat Emas, Gerak Gempur, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, Negeri Pahang.

Pingat Perak, Tempur Bersenjata, Karnival Sukan Untuk Semua, Negeri Selangor.


TAHUN 1998

Pingat Emas, Tempur Tangan Kosong, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, Negeri Selangor.

Pingat Emas, Rhythmic Martial Art, Karnival Sukan Untuk Semua, Negeri Selangor.


TAHUN 1997

Pingat Emas, Gerak Solo, Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, Negeri Selangor.

Pingat Emas, Rhythmic Martial Art, Karnival Sukan Untuk Semua, Kuala Lumpur.


TAHUN1995

Pingat Emas, Solo Seni, Kejohanan Terbuka Selangor, Negeri Selangor.

Pingat Gangsa, Tempur Bersenjata,Sukan SUKMA, Negeri Kelantan.



PENGALAMAN KERJAYA

TAHUN 2007

Kem Motivasi Seni Mempertahankan Diri dan Kepimpinan, Sungai Congkak, Ampang.

Belia Memperkasa Jatidiri, Sempena Sambutan Hari Belia, Selangor.


TAHUN 2006

Perkhemahan Wajadiri, Belia Benci Dadah, Sungai Congkak Selangor

Demonstrasi Seni Bela Diri dan Pertandingan Mewarna, Selangor

Konvensyen Silat Kebangsaan dan Memperkasakan Warisan Silat, Port Dickson.


TAHUN 2005

Motivasi Seni Mempertahankan Diri da Kepimpinan, Sungai Congkak, Ampang.

Bengkel Seni Beladiri dan Peraduan Melukis dan Mewarna,Taman Nirwana,Selangor.

Kursus Kejurulatihan sempena Himpunan Pesilat Negara, K.L International Hotel.

Majlis Hari Silaturrahim dan Adat Istiadat Mandi Minyak bersama PSSGM USA, Taman Nirwana.


TAHUN 2004

Gurulatih Seni Silat, Kejohanan Peringkat Kebangsaan, Kontigen Pertubuhan Seni Silat Gayong

Malaysia.

Pembantu Gurulatih Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (M.P.A.J)

Penasihat Pasukan Negeri Selangor, Peringkat Remaja.


TAHUN 2002

Ketua Gurulatih mewakili Malaysia, Persembahan di Batterer Art Center England.

Gurulatih Negeri Selangor, Kejohanan Seni mempertahankan Diri Kebangsaan (Pahang).


TAHUN 2001

Gurulatih Silat Seni Remaja, Negeri Selangor.

Gurulatih Silat Seni Terbuka, Negeri Kedah.

Gurulatih Pertubuhan Silat Seni Gayong Remaja, Peringkat Kebangsaan.


PENGALAMAN TAMBAHAN


2009 Peneraju utama dalam NATIONAL GEOGRAPIHIC


Fight Masters: Silat


2008 Ketua Operasi HISTORY CHANNEL

human weapon-silat


2004 – 2005

Pengurus Operasi, Trimatra Sdn. Bhd

Kareografer Gerak Silat Solo,

Teater Filem Putri Gunung Ledang

2003 – 2004 Pengurus Operasi, Affin Bank Finance

2003 Pelakon Drama, Spektra Kehidupan, RTM 1

Pelakon Drama, Gelang Emas Ibu, RTM 1


2002 Pelakon dan Pemuzik, Teater Dari Bintang ke Bintang, Sanggar

Teater Fauziah Nawi.

2001 Pelakon dan Pemuzik Opera Ayu Cendana, Sanggar Teater Fauziah

Nawi.

1999 Persionaliti Remaja, Selamat Pagi Malaysia, RTM 1.

1997 Penyelia Pameran Penjara Pudu.


GELANGGANG YANG PERNAH TERAJUI DARI TAHUN 1993-2010

SEK RENDAH JALAN PASAR 2 K.L

SEK MENENGAH DATO LOKMAN K.L

GELANGGANG AWAM TAMAN BUKTI AMPANGAN N.S

MAKTAB RENDAH SAINS MARA JELEBU N.S

SEK MENENGAH AGAMA KUALA KLAWANG N.S

GELANGGANG AWAM KOMPLEKS SUKAN KG.PANDAN K.L

SEK RENDAH JALAN GURNEY K.L

SEK MENENGAH (P) BUKIT BINTANG K.L

SEK MENENGAH (P) JALAN IPOH K.L

SEK MENENGAH (P) CONVENT JLN PEEL K.L

SEK MENENGAH AGAMA KAJANG SEL

GELANGGANG AWAM UMNO SAM PENG K.L

GELANGGANG AWAM TAMAN SRI RAYA SEL

GELANGGANG AWAM WAJADIRI TAMAN NIRWANA

KELAB DIRAJA NEGERI SELANGOR

CAWANGAN POLIS F.R.U

KELAB BUDAYA RIMBA

SEK MENENGGAH JOHOR JAYA JHR

SEK MENENGGAH BANDAR PUTRA KULAIJAYA JHR

GELANGGANG AWAM SEGI TIGA EMAS JHR

KELAB MAWAR JHR

GELANGGANG AWAM LEVENDER SINGAPORE

GELANGGANG AWAM PENCAK GAYONG BANDUNG INDO






Monday, September 28, 2009

Sejarah Silat Seni Gayong.




KEHADIRANNYA :

"Silat Seni Gayong adalah di akui sebagai Pusaka Tulin Kesenian bela diri bangsa Melayu".
Ilmu silat ini di percayai berasal dari sebuah pulau yang bernama Pulau Sulawesi (Pulau Celebes) iaitu salah sebuah pulau besar di bahagian timur Negara Indonesia, yang dimiliki oleh keturunan Bangsa Bugis.
Kewujudannya di Tanah Melayu bermula yang pertama dalam perlembagaan Negeri Melaka pada abad ke 15 iaitu pada zaman Raja Srivijaya (Sultan Mansur Shah).
Ilmu ini pernah juga digunakan untuk menentang penjajah Belanda suatu ketika dahulu oleh rakyat Makasar (Bugis) yang di ketuai oleh Panglima Hitam pada sekitaran tahun 1667.
Penyebarannya begitu meluas adalah terdiri dari ramai Jurulatih Biasa yang di percayai datang melalui dari Pulau Besar Sumatera yang telah menarik minat para Belia dan Beliawanis di merata daerah perkampungan di Semenanjung Malaya sebelum kehadiran Tentera Jepun.

Perkembangan di Malaysia.

Atas kegigihan daya usaha Dato Meor dan para Gurulatihnya, ilmu ini telah berkembang dari Pulau Sudong ke Negeri Johor dengan menubuhkan gelanggang latihan Silat. Pada tahun itu juga ilmu silat ini telah dikembangkan oleh saudara Kamari di Negeri Kedah. Identiti Silat Seni Gayong bertambah teguh dan di kenali ramai setelah satu undangan persembahan silat secara besar-besaran di Kelab Sukan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah oleh Y.M Tungku Kassim , iaitu Kekanda kepada Y.M Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada tahun 1958. Begitu juga di Negeri Melaka, di gelanggang silat bernama Padang Temu di tubuhkan. Perkenalan dan keahliannya semakin bertambah meluas dengan persembahan secara besar-besaran yang diadakan di Bukit Lintang atas undangan dari Encik Yaman pada tahun 1959.
Berselari dengan undangan itu, di Bukit Lintang, rombongan itu telah singgah di Pulau Besar, Melaka. Di sebuah makam Keramat panjang, Makam Tok Said, Dato Meor Melafazkan Sumpah dengan nama Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui bahawasanya, ia adalah Guru Silat Seni Gayong yang tulin yang telah ditauliahkan oleh Datuknya Sheikh Syed Zainal Bin Sheikh Syed Idris Al Attas yang pernah menabalkan Raja Perak dahulu dan yang berketurunan Raja Bugis. Andainya pengakuan itu dusta maka beliau akan mengalami muntah darah di situ juga.
Selepas itu semua ahli silat di minta turun kelaut untuk menyempurnakan adat istiadat mandi sentuk limau dan bergelanggang di sana juga. Pada tahun yang sama suatu Jawatankuasa Besar dalam Perlembagaan Silat disusun oleh Dato Mahaguru dengan menamakan mereka-mereka dengan menggunakan angka bilangan seperti orang 4, orang 8, orang 16 dan orang 32.
Dalam tahun 1962, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaya, ditubuhkan dan di daftarkan di Negeri Johor (No. P.P 361) yang merupakan Pertubuhan Silat yang pertama sekali didaftarkan di Malaysia atas kerjasama Dato Onn Bin Jaafar dan Dato Mahaguru. Sejak dari itu, pentadbiran perlembagaan serta ilmu silat di kemaskini mengikut adat istiadat perlembagaan di Raja Melayu. Langkah kegemilangannya mula merebak kemerata pelusuk Negeri dari tahun ketahun.
Suatu kebanggaan yang unggul tercapai iaitu penyebarannya bukan sahaja di perkampungan dan pertubuhan malahan juga dibahagian Balai-Balai Depoh Polis dan Tentera dan begitu juga dengan sokongan moral yang di terima dari Sultan, Menteri Negeri dan Orang Kenamaan di seluruh Negara Malaya.
Pada tahun 1966, Dato Mahaguru telah menetap semula ke Negeri Perak tempat asalnya dan menjadikan tempat kediamannya sebagai Pusat Pertubuhan Silat Seni Gayong Serantau. Beralamat No. 71, Jalan Ayer Kuning, Taiping Perak, Malaysia.
Kini perkembangannya bukan sahaja terdapat di Negara Malaysia dan Negara sekitarnya malah juga terkenal di Eropah, USA, Australia dan Timur Tengah.

PENUBUHAN MAJLIS GURULATIH KEBANGSAAN

Majlis Gurulatih Kebangsaan telah ditubuhkan di mesyuarat khas yang diadakan pada 29 Julai – 1 Ogos 2009. Mesyuarat telah diwakili oleh wakil-wakil Majlis Gurulatih Negeri. Antara ketetapan yang dibuat di mesyuarat tersebut ialah:


• Susunan dan nama Buah Tapak Kunci Mati dan Kombat (Serangan Maut) diterima pakai oleh semua wakil negeri.

• Oleh kerana gerakan Pukulan Maut adalah dikenalpasti sebagai silibus pelajaran Silat Seni Pusaka Gayong maka gerakan ini tidak dijadikan pelajaran Gayong Malaysia


• Bengkel bagi menyeragamkan pergerakan Buah Tapak Kunci Mati dan Kombat peringkat kebangsaan akan dianjurkan pada penghujung tahun ini. Melaka bersetuju untuk menjadi pengelola kepada bengkel ini


• Dicadangkan penyeragaman Seni Bunga Teratai dan Bunga Tanjung dibuat bersama dalam bengkel tersebut jika ianya bersesuaian.


• Mesyuarat MGK disarankan agar kerap diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang tertangguh secara berperingkat. Penganjuran mesyuarat ini adalah tertakluk kepada keadaan kewangan Pertubuhan.


• Setiap negeri diminta untuk mewujudkan Majlis Gurulatih masing-masing. Senarai majlis hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat untuk tujuan rekod dan dimaklumkan kepada umum melalui laman web.


• Struktur pengurusan Majlis Gurulatih Kebangsaan dipersetujui seperti berikut:

Pengerusi : Encik Adiwijaya Hj Abdullah
Timbalan Pengerusi : Encik Kahar Redza pjk
Naib Pengerusi : YBhg. Dato’ Ismail Jantan
Setiausaha : Encik Suleh Sudin
Pen Setiausaha : Encik Syarizal Maizan
Ahli-ahli : Semua Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri

• Dipersetujui supaya Encik Syarizal Maizan merancang dan memantau pembangunan Silat Gayong Malaysia di IPT.

Sunday, September 27, 2009

Showcasing Silat to c.g.i









majlis perkhataman keris 2009



Khatam/Tamat Pelajaran Permainan Seni Keris


Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:

Ayam (seekor)
Bunga (tujuh jenis,tujuh warna)
Sirih pinang berkapur gambir
Pisang emas (sesikat)
Kuih-muih Melayu(tujuh jenis)
Lilin (sebatang)
Pulut putih/kuning (sepiring)
Limau nipis/akar sintuk
Rokok daun bertembakau (segulung)
Pelepah pisang
Sehelai daun kelapa

PADa 24 04 2009 berlangsung satu majlis perkhataman keris anjuran pssgm negeri selangor dan melaka. seramai 200 persilat2 menyertai majlis tersebut.



THE DEVELOPMENT OF SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN SERANTAU


Silat Seni Gayong was formulated and founded by Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim. He was of bugis decent born in 1915 and was the great-grandson of Daeng Kuning, commonly known as Panglima Hitam. Meor Abdul Rahman began learning the knowledge of silat at the age of twelve from his grandfather Tuan Syed Zainal Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal is one of the warriors who fought against the British colonialism of the 19th century, in Pahang. Syed Zainal inherited his silat knowledge from Daeng Ambok Solok, a bugis warrior residing in Jambi Sumatra at that time.

For three years, Meor Abdul Rahman trained and learned with other students of Syed Zanial. At 19, Meor Abdul Rahman successfully achieved the understanding and the 'selok-belok' (the ins and outs), the art of seni gayong. However, his grandfather did not perform the "ritual of authorisation" of silat gayong on him, as he had foreseen in a prophecy that Meor Abdul Rahman will have this ritual performed on him by a greater (unseen) warrior.

In 1936, the "ritual of authorisation" was performed on Mahaguru Meor Abdul Rahman by none other than the legendary Hang Tuah. Needless to say, this was an incident on the meta-physical (spiritual) level. Some stories report that the whole ceremony took place in a kind of "dream". This incident occurred on a large black rock by the river at Hutan Menam (now Southern Thailand). All the secrets and knowledge of Silat were transmitted to him and he was given the trust to teach and spread Silat Seni Gayong to the best of his ability.

Meor Abdul Rahman was given the title Panglima Sendo (invincible warrior), by his Royal Highness Sultan Alang Iskandar, after demonstrating his skills and ability to the royal court and dignitaries. The Sultan was so impressed and pleased by Meor Abdul Rahman that he took him as his adopted son. Meor Abdul Rahman stayed at the palace until the Sultan's death in 1938.

In 1938, Meor Abdul Rahman moved to Singapore looking for work. There he found work at the British Royal Signal Corp Barrack, Killman, Woodland. From there he later became the un-armed combat instructor to the British soldiers. When the Japanese army attacked Singapore in 1942, Meor Abdul Rahman escaped with his family to Pulau Sudong (island south of Singapore). He underwent much hardship and trials before finally being allowed to reside there. Being a "lawless" island, Silat Seni Gayong was much needed for the protection of one self and the community; therefore the art was re-introduced to the community.
When Meor Abdul Rahman successfully saved the population of Pulau Sudong from the "Japanese threat", Silat Gayong was 'accepted' by the population, and taught throughout the island. Meor Abdul Rahman and his family then returned to Taiping, Perak.

In 1943 Meor Abdul Rahman was captured and imprisoned by the occupying Japanese Army. He was charged with treason against the Imperial Army and was sentenced to death by hanging. (This followed an incident in which Mahaguru 'fought off' a Japanese officer who had made rude advances towards his wife.)
On the day of the execution Meor Abdul Rahman, bravely and against the odds, 'overpowered' his armed captors. For fear of further losses, the Japanese authorities released him. Soon after however, the Japanese managed to 'force' him to become one of their own soldiers.

When the Japanese surrendered in 1945, Meor Abdul Rahman and his family migrated yet again to Pulau Sudong. He was offered to become the 'Headman' of the island. During these years, Silat Seni Gayong spread to the neighbouring islands including those in Indonesian territories.

The year 1947 saw the appointment of Meor Abdul Rahman as an investigator with the Crime Investigation Department in Singapore. In this year too, he was awarded the 'King George VI' medal, an honour from the British Government, for his service in fighting the Japanese occupation of Singapore. In 1948 he actively spread Silat gayong throughout Singapore and on to the Malay Peninsula. After retiring from the police force, Meor Abdul Rahman established the first Silat Gayong Training School, at Lorong Fatimah, Woodland, Singapore. It was here that the early teachers or gurulatih of Gayong underwent their training.

In 1959, Meor Abdul Rahman met Dato' Onn bin Ja'afar, the founder of UMNO (United Malay National Organization), who offered himself to be a disciple of Silat Gayong. Dato' Onn suggested that Silat Gayong should be registered legally as an organization. Efforts began to register Silat Gayong and finally in 1963, this silat was officially registered as 'Pertubohan Silat Seni Gayong Malaya' with the registration number, 361. PSSGM is the first silat ever to be registered in Malaya.
After its registration, Silat Gayong continued to develop even more. From Singapore, Gayong spread to Johor. Meanwhile, in the north of the peninsula, Gayong spread on the effort of Meor Abdul Aziz, the elder brother of Meor Abdul Rahman and other 'gurulatih' sent from Singapore. Tengku Laksamana Kedah, on the royal command of Sultan Badlishah of Kedah had invited Silat Seni Gayong for a Command Performance in 1957.

The Silat Seni Gayong Training School was moved from Singapore to Kota Sarang Semut, Kedah, when the Mahaguru moved there in 1964.

In 1970, Silat Seni Gayong was invited by the Malaysian Government to be part of the National Entourage for The '70 Expo in Osaka, Japan. The Mahaguru and En. Razali Salleh (The Secretary General PSSGM then) accompanied two Gayong exponents, Che'gu Mustapha Kamal and Che'gu Mohd. Norsaii ,for the performances at the Expo, for two weeks. The Silat Demonstration was received with much encouraging enthusiasm and even 'surprised The Emperor Of Japan.
The Silat demonstration was also widely publicised by the media networks in Japan.

And yet again, in 1971, The Silat Seni Gayong Training School moved to Air Kuning, Taiping Perak, when the Mahaguru moved there. Mahaguru Meor Abdul Rahman was then awarded the highest honour, The Dato' Paduka Cura Simanja Kini, by Sultan Idris Shah, the sultan of Perak. In this year as well, Silat Seni Gayong was introduced to the Malaysian Armed Forces. 87 personnel from the rank and file of the military underwent an intensive Silat Gayong training for six months at a military camp in Taiping. Upon completion, they were given authorization as teachers or Gurulatih of Silat Gayong and this Silat was taken to all the military camps in the country.

Silat Seni Gayong was then introduced to The Royal Malaysian Police in 1973. A similar intensive training course was held for 48 police personnel from the lower ranks. Similarly, upon graduating, they were ordered to spread Silat Seni Gayong to all the Police training schools in Malaysia.

In 1978, Mohammed Moncef Abdullah returned to his home in Tunisia, after acquiring the knowledge of Silat Seni Gayong in Malaysia. He is now responsible for propagating Silat Gayong in the Middle East. His students have been to Malaysia in the early 1990's to further their training in Silat Seni Gayong.

In Western Australia Silat Gayong is being taught by Jan de Jong, an expert in the martial arts specializing on the Japanese systems. He had studied Silat Seni Gayong from Mahaguru Meor Abdul Rahman himself during the mid 80's.

Che'gu Sulaiman Shariff and Che'gu Sheikh Shamsudin of Gayong America is responsible for promoting Silat Gayong in the USA from the early 1990's, although before that, Che'gu Shaharudin Abd. Hamid had introduced Seni Gayong to a few known martial artists there.

Che'gu Mufti Ansari brought Silat Seni Gayong to Europe in the late 1980's. In the United Kingdom, Silat Gayong was taught by Che'gu Adlin from Negeri Sembilan. Beginning from middle of the year 2000, Gayong UK was formed and headed by Ketua Khalifah Tuan Haji Ariffin Mahidin.

In ogos 2009, Silat Seni Gayong was established on the Bandung indonesia by guru jazwan kahar with blessings from Che'gu kahar hj redza and guru anuar hamid. To date, two Gayong centres have been opened there.


Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman passed away and returned to Devine Presence on the 23rd of June 1991. According to the Will of The Mahaguru, after him, no one of his successors shall be titled 'Mahaguru'. Silat Seni Gayong would from then on be administered by a Board of Trustees, comprising of members who are trustworthy and strong on the 'cause' of Silat Seni Gayong. Before blowing his last breath, Dato' Mahaguru then appointed his daughter Che'gu Siti Kalsom as Trustee I, and Che'gu Mohd. Razali Salleh as Trustee II of Silat Seni Gayong Malaysia and the World.

Saturday, September 26, 2009

BENGKEL SENI KERAMBIT DAN PUKULAN MAUT WANITA











PADA 24 HB O1 2009 Mohd jazwan kahar dengan kerjasama majlis gurulatih negeri selangor dan sokongan penuh pihak pertubuhan silat seni gayong malaysia telah mengadakan satu bengkel khas seni kerambit dan pukulan maut wanita di gelanggang pusat latihan tertinggi selangor di taman nirwana. Seramai 80 persilat dari seluruh selangor dan termasuk beberapa negeri dari perak,pahang dan johor turut menhantar persilat untuk sertai bengkel tersebut. PERserta turut pelajari teknik2 seni kerambit ini yang di turunkan oleh CIKGU SITI KALSOM BIN MEOR RAHMAN pada saya di taiping dan di selangor ketika itu dengan ini saya salurkan pada pada mereka yang ingin kan ilmu gayong ini yang menjadi pelajaran tambahan dalam silat gayong.
Turut hadir dalam majlis penyampaian sijil Dato hj zainal sakom,cikgu hj anuar hamid,cikgu mustapa kamal,cikgu kaharredza dan berapa2 lagi guru2 lama yg hadir beri sokangan.
BENGKEL kerambit ini akan berlangsung 3 sessi.

24 01 2009 kerambit/pukulan maut wanita (cikgu jazwan kahar)
08 08 2009kerambit/bunga teratai (cikgu jazwan kahar dan cikgu azman upsi)
2010 coming soon kerambit /............... (cikgu jazwan kahar dan cikgu sazali meor rahman)