Saturday, September 26, 2009

GURU KAHAR HJ REDZA p.j.k











Name : Kahar Bin Haji Redza
DOB : 20th October 1949
POB : Seremban, Negeri Sembilan
Education :
• Primary school
Sekolah Rendah Ampangan, Seremban
• Secondary school
Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell, KL


History of Silat involvement

Started learning Silat Gayong with Cikgu Said Ghafar by joining the Kelab Melayu Ampangan in 1965. Migrate to Kuala Lumpur with his family, as his father working as a Warden in Penjara Pudu, 2 years after (1967). Then in the quarters, he continued learning Silat Gayong when he met Cikgu Norsai. During his period of living in the quarters, Guru Kahar joined the Kumpulan Belia Kuala Lumpur where he started playing music with the group’s band. As the artistic passion grew within him, Guru Kahar learned much of the arts with the group. He learns traditional dances, theater plays, & others self defense such as Aikido & Boxing.

His life changed, when the 13th May tragedy occurred. At the time of chaos, all the pesilat around Kuala Lumpur, gathered at Dato’ Harun’s house (Menteri Besar of Selangor), for the fight back. After the passing of 13th May, Dato’ Meor Abdul Rahman came with his group, Majid Mat Isa, Siti Kalsom, Faridah Abu Johan & Safiah, to Kuala Lumpur for visit. Guru Kahar was so excited wanted to learn Silat Gayong from Dato’ Meor himself. 28th May 1969 he decided to get close with the Mahaguru then humbly offer himself to be the driver of Dato’ Meor. Not long, Guru Kahar asks permission to his parents & persuades them. His mother, Maheran Bt. Abdul Ghani, & father, Haji Redza B. Haji Omar, gave the blessings to Guru Kahar for following Dato’ Meor to learn Silat Gayong. 31st May 1969, he starts his never ending journey of Silat Gayong.

With the blessings of his parents, Guru Kahar followed Dato’ Meor to Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Since then, he endured every teachings of Dato’ Meor. Not long, the Mahaguru formed a group & journeyed from state to state to spread the art of Silat Gayong. Guru Kahar was in the group accompanying Dato’ Meor & the same peoples when they met in Kuala Lumpur. For 2 years, the group went to (in order) Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan, & returned to Taiping, Perak. His 1st grading was in Gurun, Kedah, where he was offered Bengkong Pelangi Hijau (green belt). At Taiping, Guru Kahar studied & live with Dato’ Meor & the group mentioned.

Around 1976, the Mahaguru himself pronounced Guru Kahar to have the rights of Mandi Tapak & Mandi Seni. In 1985, he was offered Bengkong Pelangi Kuning Cula 5 from Dato’ Meor & in 1987 Guru Kahar was pronounced Sandang Waris Beradat at the hall of Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib. He was then awarded Bengkong Panglima Hitam Cula 5 at Pengkalan Balak, Melaka by Chairman of Lembaga Adat Kebangsaan, Dato’ Samad Idris in 1988. After the passing of the Mahaguru (Dato’ Meor), around 1989, he was then awarded Bengkong Panglima Hitam Cula 6 by Pemegang Amanah PSSGM, Guru Razali Salleh. In 2003, Guru Kahar was pronounced by Raja Kecil Di Hilir of Perak, Tengku Ashman Fitri as Sandang Panglima Hitam.

Guru Kahar is now one of the seven Wakil Amanah PSSGM (Malaysia & International) who holds the Bengkong Panglima Hitam Cula 6, after the passings of the 2 Pemegang Amanah, Siti Kalsom Meor Rahman & Razali Salleh.
The list of Wakil Amanah:
1. Guru Kahar Redza (Selangor)
2. Guru Sazali DatoMeor Rahman (Perak)
3. Guru Tuan Haji Anuar Abd Hamid (Selangor)
4. Guru Nordin Ahmad (Perlis)
5. Guru Datuk Adi Vijaya (Kedah)
6. Guru Mustafa Kamal (Selangor)
7. Guru Tok Ismail Jantan (Melaka)

There were many training places (gelanggang) that Guru Kahar opened:
1. Gelanggang Sek. Men. Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
2. Gelanggang Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang, Selangor
3. Gelanggang Sek. Men. Teknik Cheras
4. Gelanggang Quarters Penjara Pudu
5. Gelanggang Sek. Ren. Jalan Pasar
6. Gelanggang International Islamic University (UIAM), PJ, Selangor
7. Gelanggang Awam Kompleks Sukan Kg. Pandan

Note that Gelanggang Wajadiri Taman Nirwana were for formerly from Kompleks Sukan Kg. Pandan that moved to Taman Nirwana, Ampang Selangor.



Dato' Meor Abdul Rahman dari kaca mata Cikgu Kahar
Redza, pemandu peribadinya



Selepas 13 Mei 1969, iaitu pada bulan Jun 1969, Dato’ Meor Abdul Rahman turun ke Kuala Lumpur untuk menurunkan ilmu kebatinan kepada gurulatih Selangor. Kahar Redza bersekolah sehingga darjah enam sahaja, jadi beliau meminta izin untuk mengikut Dato’ Meor Abdul Rahman mengembangkan Gayong. Kahar Redza berkata bahawa dia boleh memandu kereta Mahaguru. Kahar Redza telah menjadi pemandu kepada Dato' Meor Abdul Rahman selama lima tahun.

Menurut Kahar Redza, Dato' Meor Abdul Rahman ini luar biasa sedikit orangnya; beliau berwatak bengis kerana berketurunan Bugis(lekas marah dan gemar memukul orang), tetapi hatinya baik. Beliau memang nampak garang – jika tidak tahu rentaknya mesti orang akan takut kepadanya. Beliau selalu memaki hamun dengan kata-kata "paria" semasa mengajar silat dan bersikap amat tegas(jika tergerak hendak maki, beliau akan terus memaki).

Pada Julai 1969, Kahar Redza telah mengikut Dato’ Meor Abdul Rahman tinggal di Kota Sarang Semut, Kedah. Rumah Dato’ Meor Abdul Rahman terletak bersebelahan balai polis. Dalam masa tiga bulan Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengenalkan silatnya ke seluruh negeri Kedah, iaitu secara mengadakan pertunjukan ilmu kebatinan yang dijalankan dengan bantuan anggota rombongannya. Kahar Redza kerap disuruh menjadi model untuk diuji ilmu kebatinan. Menurut Dato’ Meor Abdul Rahman, ilmu kebatinan tersebut hanya digunakan ketika kecemasan sahaja dan bukannya untuk diriak-riakkan. Seluruh pelosok negeri Kedah telah dijelajahi oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.

Dato’ Meor Abdul Rahman tidak seperti guru-guru silat yang lain. Beliau sentiasa berkot dan memakai tali leher. Dengan kata lain, beliau sentiasa segak dan bergaya. Sukar untuk melihat beliau berpakaian silat ketika di gelanggang silat. Beliau bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang sambil menunjukkan buah-buah silat.

Dari Kota Sarang Semut, beliau kemudian pergi ke Gurun untuk menemui Abdul Majid Md.Isa. Di Gurun, beliau telah bertanyakan tentang perkembangan Silat Seni Gayong di situ.

Satu sikap Dato’ Meor Abdul Rahman yang agak pelik ialah cara beliau menurunkan pelajaran. Beliau tidak mengira tempat untuk menurunkan pelajaran Gayong. Jika dalam perjalanan beliau mendapat ilham, beliau akan mengarahkan kereta diberhentikan dan beliau lalu menurunkan buah silat. Kemudian murid-muridnya akan menyusun pelajaran tersebut. Setiap kumpulan yang mengikuti rombongan Dato’ Meor Abdul Rahman akan mendapat buah silat yang berbeza. Setiap murid yang mendapat banyak buah silat akan diminta untuk menuliskannya.

Dato’ Meor Abdul Rahman memang seorang yang pembengis. Kahar Redza kerap dihukum ketuk ketampi sebanyak 33 kali. Bagaimanapun, selepas melakukan denda tersebut, Dato’ Meor Abdul Rahman akan mentertawakan beliau.

Di Taiping, cara penurunan pelajarannya juga sama. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah memakai uniform silat. Murid-murid Gayong diminta menunggu kedatangan Dato' Meor Abdul Rahman di gelanggang. Lepas makan malam, iaitu antara pukul 10.00 hingga 12.00 malam, Dato’ Meor Abdul Rahman akan memanggil semua murid-murid yang berada di dalam rumahnya turun ke gelanggang. Jika hari hujan, latihan akan diadakan di dalam rumah(Ahamad Ayazi, suami Siti Kalsom pernah bengkak-bengkak seluruh lengannya akibat kerap terhempas di lantai rumah). Melalui cara beginilah bermacam-macam buah diperoleh, baik buah tangan kosong ataupun buah kipas nandung dan seligi. Pendek kata, jika ilham datang, pelajaran akan terus diturunkan. Kahar Redza sentiasa menjadi sasaran untuk menyusun pelajaran-pelajaran yang telah diperturunkan.

Pada keesokan harinya, tanpa diduga ada lagi pelajaran yang akan diperturunkan. Jika ternampak kelibat Dato’ Meor Abdul Rahman sedang memegang pisau, tentu ada buah tertentu akan diperturunkan. Buah pisau yang diperoleh oleh Kahar Redza berbeza dengan buah pisau yang terdapat dalam silibus pisau negeri Selangor.

Dato’ Meor Abdul Rahman kerap berulang-alik dari Kedah ke Taiping untuk bertanyakan khabar anak-anak muridnya ataupun kerana memandikan(memperlimausintukkan) murid baru. Biasanya dua kereta digunakan dalam satu-satu perjalanan. Kereta-kereta tersebut dipenuhi dengan perempuan-perempuan belaka seperti Datin Paridah(isteri), Nor Aisyah, Sofiah, dan Siti Kalsom(anakanda) di samping Dato’ Meor Abdul Rahman, Ahmad Lazim, Ahmad Ismail dan Kahar Redza sendiri. Dua buah kereta yang digunakan ialah dari jenis Austin dan Toyota. Penumpang terpaksa duduk berhimpit-himpit seperti sardin disebabkan kenderaan yang dinaiki adalah jenis kenderaan bersaiz kecil.Dato’ Meor Abdul Rahman memandu sebuah kereta dan Kahar Redza memandu kereta yang sebuah lagi. Biasanya mereka memulakan perjalanan dari Kedah. Dari Kedah mereka akan terus ke Taiping, kemudian ke Kuala Lumpur/Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Di Singapura Dato’ Meor Abdul Rahman telah berjumpa dengan Hussain Kaslan, wakilnya di Singapura. Dato’ Meor Abdul Rahman meminta Hussain Kaslan menganjurkan suatu pertandingan silat di Singapura yang melibatkan semua jenis silat yang ada. Terdapat bermacam-macam silat yang ada. Akan tetapi semua guru silat di sana sangat-sangat menghormati Dato’ Meor Abdul Rahman. Mereka segan dengan kelebihan yang ada pada Dato’ Meor Abdul Rahman.

Satu lagi sikap Dato’Meor Abdul Rahman yang agak pelik ialah beliau gemar mencabar guru-guru silat yang suka berlagak seolah-olah seperti mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah mencabar seorang lelaki benggali yang berbadan besar. Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengangkat lelaki benggali tersebut lalu dihumban sehingga melayang ke udara sebelum jatuh terhempas. Seorang master Taekwondo bertalipinggang Hitam Tujuh Dan pernah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman. Ketika itu di sebuah kelab malam diadakan demonstrasi seni mempertahankan diri(self-defence). Hanya dengan sekali pukul Dato’ Meor Abdul Rahman telah berjaya menumbangkan master Taekwondo tersebut. Pendek kata, banyak sekali cabaran yang dihadapi ketika beliau berada di Singapura.

Sebenarnya bukan mudah untuk Dato’ Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong ini. Kadang-kadang, ketika dikehendaki ke Singapura, beliau langsung kehabisan wang. Walaupun begitu, Dato’ Meor Abdul Rahman memiliki suatu kelebihan tersendiri. Beliau pernah menyuruh Kahar Redza mengambil sehelai daun lalu daun tersebut disuruh ramas sehingga menjadi wang kertas. Bagaimanapun, hal ini hanya boleh digunakan ketika keadaan terdesak sahaja. Biasanya not RM50 akan diperoleh. Dato’ Meor Abdul Rahman akan meminta agar kereta tersebut diisi dengan minyak sehingga penuh tangki. Pantang larang yang perlu dipatuhi – tidak boleh mengambil wang baki.

Dari segi peribadi Mahaguru, beliau gemar membaca suratkhabar jawi. Beliau juga selalu berzikir sehingga boleh dilihat seolah-olah berjalan di atas dinding rumah. Hal ini disaksikan sendiri oleh Kahar Redza di Taiping. Beliau juga memiliki sebentuk cincin bermatakan batu akik hijau. Cincin ini dipercayai boleh menjauhkan binatang buas.

Dari Singapura, mereka terus ke Kedah. Di Kedah, iaitu di Gurun(Batu 18) Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengarahkan Kahar Redza agar memanggil seorang guru silat tempatan yang bernama Hussain. Hussain menggeletar ketakutan apabila diminta berjumpa Dato’Meor Abdul Rahman. Beliau telah memohon maaf sambil bertanya apakah kesalahannya sehingga dipanggil menghadap. Dato’ Meor Abdul Rahman telah memberi kata dua kepada Hussain supaya tidak mengaitkan Silat Seni Gayong ketika beliau mengajar silatnya. Dari Kedah mereka meneruskan perjalanan ke Padang Besar yang terletak di sempadan negara Thailand. Di Padang Besar, beliau telah bertarung dengan ahli-ahli tomoi Siam. Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengalahkan kesemua jaguh-jaguh tomoi yang menentangnya. Ketika hendak pulang dari sempadan Siam, kereta yang mereka naiki telah bertembung dengan seekor harimau di tengah jalan. Dato’ Meor Abdul Rahman lalu berkata,"Hang berhenti Kahar, ambil rimau tu…" Kahar Redza amat terkejut dengan arahan tersebut. Semua anggota rombongan ketakutan, sehingga hampir terkencing. Mereka segera menaikkan semua cermin tingkap kereta. Dato’ Meor Abdul Rahman hanya memandang sahaja harimau tersebut. Anehnya harimau tersebut tiba-tiba menundukkan kepalanya. Dato’ Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan Kahar Redza keluar dari kereta dan menyuruh beliau mengusap-usap kepala harimau tersebut. Dalam keadaan ketakutan, Kahar Redza telah membuat segala suruhan Dato’ Meor Abdul Rahman. Inilah satu lagi kelebihan Dato’ Meor Abdul Rahman, iaitu menundukkan binatang buas.

Pernah suatu ketika, Dato’ Meor Abdul Rahman telah rebah ketika sedang memperlimautapakkan murid baru di Kampung Jawa, Kelang.Dato’ Meor Abdul Rahman menjadi tidak sedarkan diri. Tiba-tiba beliau seperti diresapi suatu semangat telah berkata, " Suatu hari nanti, bandar ini akan menjadi Bandar Anggerik Shah Alam dan menjadi terkenal. "

Ketika dalam perjalanan balik, mereka telah singgah di Wisma Belia. Sewaktu hendak meneruskan perjalanan pulang, tiba-tiba keadaan menjadi gempar apabila terdapat seekor ular sawa di dalam salah sebuah kereta tersebut. Apa lagi, bertempiaranlah anggota rombongan keluar dari kereta yang baru dinaiki. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap ular sawa tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah guni. Ular tersebut kemudian dibawa ke dalam Dewan Belia Kampung Pandan iaitu di mana terletaknya pejabat PSSGM. Dato’ Meor Abdul Rahman kemudian membawa ular sawa tersebut pulang ke Taiping. Di Taiping ular tersebut dipelihara di dalam sangkar. Kahar Redza telah diarahkan menjaga makan minum ular berkenaan. Ular tersebut diberi makan dua ekor ayam sehari serta dimandikan.

Dato’ Meor Abdul Rahman tidak menurunkan pelajaran yang sama kepada semua orang, kerana kebiasaannya Dato’ Meor Abdul Rahman akan menurunkan pelajaran ketika ilhamnya tiba, tanpa mengira waktu. Jika tengah malam ilhamnya datang, maka pada tengah malamlah pelajaran silat akan diturunkan. Sesiapa yang ada pada masa itulah yang kena mengajar semula kepada murid-murid lain. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah menurunkan kesemua pelajaran pada seseorang sahaja. Mata pelajaran yang diperturunkan adalah sama tetapi berlainan bentuk. Misalnya, Abd.Majid Md.Isa mendapat pelajaran Pukulan tetapi Kahar Redza mendapat pelajaran Kombat. Kahar Redza banyak mempelajari Seni Selayang Pandang dan Seni Seligi. Apabila balik ke Kuala Lumpur, Kahar Redza akan menurunkan pelajaran tersebut kepada guru-guru lain. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah memakai uniform silat ketika mengajar. Beliau hanya berkain pelikat sahaja ketika menurunkan pelajaran silat di Taiping.

Masa penurunan pelajaran adalah tidak berketentuan. Jika tengah malam Dato’Meor Abdul Rahman berhajat ingin menurunkan pelajaran, maka semua murid yang berada di dalam rumahnya akan diminta bangun mempersiapkan diri.

Satu kepantangan Dato’ Meor Abdul Rahman ialah beliau tidak sukakan muridnya melawan cakap beliau. Ahmad Lazim pernah luka dan berdarah dahinya apabila terkena kaca gelas daripada gelas yang dibaling oleh Dato' Meor Abdul Rahman.

Dato’ Meor Abdul Rahman juga tidak suka jika murid-muridnya menipu beliau. Misalnya, pernah suatu ketika Kahar Redza bersama-sama gurulatih-gurulatih lain terasa ingin menonton wayang gambar. Mereka berbohong dengan mengatakan cerita tersebut adalah cerita kung fu walhal apa yang mereka ingin tonton ialah cerita percintaan. Dato’ Meor Abdul Rahman menyuruh Kahar Redza memberi setiap orang RM10 sebagai wang saku. Antara yang pergi ke pawagam ialah Ahmad Lazim dan Ahmad Ismail. Mereka ingatkan Dato’Meor Abdul Rahman senang diperdayakan. Rupa-rupanya Dato’ Meor Abdul Rahman telah menghidu niat mereka terlebih dahulu. Secara senyap, Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengekori mereka dari jauh. Apabila wayang tamat dan mereka pun pulanglah semula ke rumah Dato’ Meor Abdul Rahman. Sebaik sahaja sampai di rumah, didapati Dato’ Meor Abdul Rahman telah menanti di muka pintu. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menyerang kesemua murid-muridnya itu dengan buah penangannya. Kepala Ahmad Lazim telah terkena serpihan kaca sehingga berdarah. Walaupun begitu, mereka tetap bersyukur dengan kejadian tersebut kerana pada masa inilah banyak buah telah diperturunkan. Setiap serangan berupa buah. Banyak buah seligi dan selayang pandang diperturunkan ketika ini. Dato’ Meor Abdul Rahman telah memaki hamun mereka dengan kata-kata yang kesat seperti "paria" dan sebagainya. Walaupun diperlakukan sedemikian rupa, namun mereka hanya mendiamkan diri. Inilah satu contoh murid mentaati guru pada ketika itu.

Dalam melakukan latihan fizikal, Dato’ Meor Abdul Rahman gemar mengangkat besi angkat berat. Terdapat 3-4 besi angkat berat di rumahnya. Dato’ Meor Abdul Rahman akan melakukan angkat berat sebanyak 100 kali di samping tekan tubi sebanyak 100 kali juga pada setiap pagi(walau bagaimanapun, beliau dilihat melakukan senaman angkat berat ini ketika berada di Taiping dan di Kedah sahaja). Selain daripada senaman angkat berat, Dato’ Meor Abdul Rahman juga sering melakukan senaman untuk kekuatan otot perut dan senaman pernafasan. Walau bagaimanapun, senaman-senaman ini adalah untuk kegunaan beliau sendiri dan tidak dianjurkan kepada murid-murid beliau. Kahar Redza hanya dapat mencuri-curi pandang setiap kali Dato’ Meor Abdul Rahman membuat senaman pernafasan. Minat Kahar Redza dengan senaman ini berputik bila beliau terpandang Dato’Meor Abdul Rahman berjaya memecahkan dinding batu dengan tumbukannya. Menurut Mohd.Razali Salleh, Pemegang Amanah II, di Singapura, Dato’ Meor Abdul Rahman menggunakan baldi yang berisi air sebagai alat angkat beratnya. Beliau akan mengangkat baldi tersebut turun-naik dan tidak akan berhenti selagi air di dalam baldi tersebut masih ada. Di Taiping, Kahar Redza pernah melihat tong getah yang diisi dengan air tetapi beliau tidak pasti apa kegunaan tong tersebut.

Untuk menguatkan otot kaki, Dato’ Meor Abdul Rahman akan membuat senaman tapak itik, iaitu berdiri sebelah kaki dan membuat gerakan turun-naik sehingga 100 bilangan. Kadang-kadang kerusi digunakan sebagai sokongan(untuk dipegang bagi mengimbangi badan). Menurut Dato’ Meor Abdul Rahman, senaman ini amat penting untuk memperbaiki teknik tendangan. Dalam hal senaman, Dato’ Meor Abdul Rahman lebih menumpukan kepada kekuatan otot tangan.

Antara kelebihan Dato’ Meor Abdul Rahman yang pernah disaksikan sendiri oleh Kahar Redza ialah kebolehan beliau menukarkan kemenyan menjadi batu akik. Norsaii pernah disuruh memamah kemenyan dan apabila diluahkan, ia telah menjadi seketul batu akik. Dato’ Meor Abdul Rahman juga pernah dilihat menukarkan pelepah pisang menjadi batu akik. Zainal pernah disuruh memamah pelepah pisang, dan apabila diluahkan ia telah bertukar menjadi batu akik. Batu-batu akik ini mempunyai kelebihan masing-masing, dan biasanya digunakan untuk tujuan perubatan. Dato’ Meor Abdul Rahman juga berkebolehan memasukkan susuk. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah memasukkan susuk ke dalam badan murid-muridnya dari Selangor. Susuk-susuk tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan bergantung kepada kehendak si pemakainya ketika diminta daripada Mahaguru. Pemakaian susuk hendaklah dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.

Pada tahun 1970, satu rombongan ahli Silat Seni Gayong yang diketuai oleh Dato' Meor Abdul Rahman telah melawat ke Pulau Tawar, Kuantan, Pahang, iaitu ke rumah Pahlawan Mat Kilau. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pahlawan Mat Kilau dan membisikkan sesuatu ke telinga Pahlawan Mat Kilau tersebut.

"Aki...Aki ingat tak dengan ayat ini..(Dato' Meor Abdul Rahman kemudian membisikkan sepotong ayat Al-Quran yang menjadi amalan ahli Silat Seni Gayong)," bisik Dato' Meor Abdul Rahman ke telinga Pahlawan Mat Kilau.

"Dari siapa kamu dapat ayat ni?..." tanya Pahlawan Mat Kilau yang sedikit terkejut.

"Dari datuk saya, Syed Zainal Syed Idris Al-Attas..." balas Dato' Meor Abdul Rahman.

"Ooooo...Syed Zainal..." kata Pahlawan Mat Kilau sambil menitiskan air mata. Dato' Meor Abdul Rahman dan Pahlawan Mat Kilau telah berpeluk-pelukan seolah-olah lagak dua orang sahabat yang telah lama terpisah dan baru dipertemukan semula. Menurut ceritanya, Mat Kilau adalah rakan seperguruan Syed Zainal Al-Attas.


Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bergambar bersama anak-anak muridnya pada hari pertama setelah mendapat anugerah DPCM pada 1971.




Dari kiri, Cikgu Abd. Razak, Cikgu Ahmad Ismail dan Cikgu Syed Ghafar.



Dari kiri - Cikgu Zaharah, Dato' Meor Abdul Rahman dan Cikgu Siti Kalsom.


Dari kiri, Cikgu Nordin Abdul Rahman, Cikgu Kahar Redza dan Cikgu Omar Syariff.

2 comments:

USGF said...

Awesome!! Terima kasih for the information Cikgu jaz! :)

GELIGA SAKTI said...

i try the best give u all..